Ibadah Korban 1431/2010


editor:msbm



Setiap tahun penduduk Kampong Orang Asli Ulu Kuang tidak ketinggalan melaksanakan Ibadah Korban, pada tanggal 19 November 2010 bersamaan hari Jumaat, Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Kg. Orang Asli Ulu Kuang bersama-sama penduduk kampong yang beragama Islam menunaikan ibadah tersebut.....





InsyaAllah kita bakal menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan AL-Mubarak, sama-samalah kita mengerjakan amal ibadah kepadanya.... menfaatkanlah sepanjang bulan ramadhan ini dengan amalan yang mula.... banyakanlah bersedekah.....

Berikut adalah jadula sepanjang Ramadhan Surau Al-Hidayah :

Jamuan Berbuka Puasa
Bermula : 7.00 pm - 07.30 pm

Solat Sunat Tarawih
Bermula : 8.45 pm - selesai


Jamuan Moreh ( Selepas selesai Solat Tarawih)


Penduduk muslimin dan muslimat ji jemput hadir .... sekian wasalam

editor: Sabhi
Selamat datang bulan Ramadan. Mudah-mudahan kita bersedia kembali untuk menjalani ibadat puasa, dapat mendidik jiwa dan diri untuk menjadi manusia yang lebih baik. Insya-Allah, dalam bulan puasa ini, kita dapat mengajar nafsu untuk lebih bersabar, bertenang dan mensyukuri kesempatan serta peluang yang ada.Puasa bukan sekadar menahan makan minum, tetapi juga suatu proses pembersihan dan pendidikan jiwa. Bertepatanlah dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, “Apabila seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan memaki hamun. Apabila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah, sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari)Puasa juga ada adab dan tatacara tersendiri. Berikut perkara yang diamalkan Rasulullah ketika baginda berpuasa. Maka tidak salah, jika kita sama-sama mencontohi cara Rasulullah.1- Memantapkan dan menjitukan niat: Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)2- Makan sahur: Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya.” (Riwayat Muslim) Ibnu Hajar al-Asqalani berpendapat, yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala daripada Allah. Ini kerana bersahur akan menguatkan semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.3- Imsak: Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Apabila mendengar azan Subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah diletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)4- Cepat-cepat berbuka puasa apabila sampai waktu: Sahl bin Saad berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud; Allah berfirman, “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa apabila tiba masanya.” (Riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah)

Ramadhan dan Syawal merupakan salah satu daripada bulan-bulan Islam yang dua belas. Ramadhan dan Shawal dimuliakan kerana keutamaan beramal di bulan tersebut. Pada bulan tersebut umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan pada Ramadhan dan mengeluarkan zakat di akhir Ramadhan dan ketika menjelang Syawal. Kedua-dua bulan tersebut adalah bulan yang sangat istimewa dan mulia di sisi Allah s.w.t dan hamba-Nya. Sebagai umat Islam kita perlulah memuliakan dan menghayati bulan Ramadhan dan Syawal untuk memperolehi keberkatannya.
Pengertian dan Keutamaan Ramadhan
Ramadan bererti bulan imtihan, iaitu bulan ujian. Bulan Ramadan juga dipanggil dengan bulan puasa kerana pada bulan itu umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan. Bulan Ramadan juga adalah merupakan bulan ibadah, bulan yang disebut dalam Al-Quran. Allah s.w.t memilih bulan Ramadan dari bulan-bulan yang dua belas dan menjadikannya bulan yang utama. Allah memilih bulan Ramadan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya kepada para hamba-Nya dengan menurunkan Al-Quran.
Keistimewaan Bulan Ramadhan
Bulan Ramadan adalah bulan yang memiliki kesucian dan banyak keistimewaannya. Di antara keistimewaan-keistimewaan bulan Ramadan ialah:
1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat-Nya.
2. Bulan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam ‘Lailatul Qadar'.
3. Bulan yang dipilih untuk sembahyang tarawih pada malamnya. Sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya boleh dilakukan di bulan Ramadan. Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sepanjang malam bulan Ramadan disunatkan untuk mengerjakan sembahyang tarawih secara berjemaah.
4. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan sebagainya. Hanya di bulan ini dituntut kita melakukan ibadah sebanyak-banyaknya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insya- Allah dimakbulkan Tuhan.
5. Bulan yang mana berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah s.a.w menawan kota Mekah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan kota Mekah menjadi suci sebagaimana yang Allah s.w.t kehendaki.
6. Berlakunya Nuzul Al-Quran (penurunan Al-Quran) pada 17 Ramadan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempumaan Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
7. Dipelihara daripada dosa.
8. Dibuka pintu Syurga, ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu.
9. Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah Ta'ala.
10. Sejarah berlakunya perang Badar Al-Kubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.11. Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Pada malam permulaan Ramadan
Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan atau kebaikan di bulan Ramadan. Jadi tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh begitu merindukan saat-saat di bulan Ramadan. Kalau kita tahu pun sudah tentu rasa tertunggu-tunggu bulan Ramadan yang mulia.

Doa Ringkas Selepas Solat





















Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Hadith Hari ini


"Bersedekah untuk ‘orang sebelah’"

Daripada Abu Said al-Khudri ra ia berkata, : “Zainab isteri Ibnu Mas’ud telah datang lalu berkata: “ Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah memerintahkan bersedekah pada hari ini. Aku memiliki perhiasan dan ingin aku sedekahkan. Tetapi Ibnu Mas’ud merasakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak aku berikan sedekah

KELEBIHAN BULAN REJAB

auditor: aie
24 jun 2009 (rabu)


Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, dengan terus menerus mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala apa-apa jua larangannya, mudah-mudahan kita tergolong menjadi hamba-hambanya yang benar-benar beriman dan bertakwa.
Allah Subhanahu Wataala yang maha berkuasa telah menciptakan alam dengan begitu sempurna untuk keperluan hidup makhluknya. Dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan bintang-bintang, maka wujudlah perkiraan masa atau zaman, dua belas bulan dalam satu tahun, empat daripadanya dinamakan bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36: Tafsirannya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.
Ahli Jumaat sekalian,
Daripada Abu Bakrah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah Subhanahu Wataala menciptakan langit dan bumi, satu tahun mengandungi dua belas bulan, daripadanya empat bulan haram, tiga daripadanya bulan itu berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam dan satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara Jamadilakhir dan Syaaban.
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.
Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kedua: Bertaubat: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
Ketiga: Berpuasa: Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Tafsirannya: “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
Keempat: Berdoa : Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain. Allah Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8: Tafsirannya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”

;;