Pengenalan Ramadhan Dan Syawal

Ramadhan dan Syawal merupakan salah satu daripada bulan-bulan Islam yang dua belas. Ramadhan dan Shawal dimuliakan kerana keutamaan beramal di bulan tersebut. Pada bulan tersebut umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan pada Ramadhan dan mengeluarkan zakat di akhir Ramadhan dan ketika menjelang Syawal. Kedua-dua bulan tersebut adalah bulan yang sangat istimewa dan mulia di sisi Allah s.w.t dan hamba-Nya. Sebagai umat Islam kita perlulah memuliakan dan menghayati bulan Ramadhan dan Syawal untuk memperolehi keberkatannya.
Pengertian dan Keutamaan Ramadhan
Ramadan bererti bulan imtihan, iaitu bulan ujian. Bulan Ramadan juga dipanggil dengan bulan puasa kerana pada bulan itu umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan. Bulan Ramadan juga adalah merupakan bulan ibadah, bulan yang disebut dalam Al-Quran. Allah s.w.t memilih bulan Ramadan dari bulan-bulan yang dua belas dan menjadikannya bulan yang utama. Allah memilih bulan Ramadan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya kepada para hamba-Nya dengan menurunkan Al-Quran.
Keistimewaan Bulan Ramadhan
Bulan Ramadan adalah bulan yang memiliki kesucian dan banyak keistimewaannya. Di antara keistimewaan-keistimewaan bulan Ramadan ialah:
1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat-Nya.
2. Bulan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam ‘Lailatul Qadar'.
3. Bulan yang dipilih untuk sembahyang tarawih pada malamnya. Sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya boleh dilakukan di bulan Ramadan. Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sepanjang malam bulan Ramadan disunatkan untuk mengerjakan sembahyang tarawih secara berjemaah.
4. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan sebagainya. Hanya di bulan ini dituntut kita melakukan ibadah sebanyak-banyaknya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insya- Allah dimakbulkan Tuhan.
5. Bulan yang mana berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah s.a.w menawan kota Mekah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan kota Mekah menjadi suci sebagaimana yang Allah s.w.t kehendaki.
6. Berlakunya Nuzul Al-Quran (penurunan Al-Quran) pada 17 Ramadan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempumaan Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
7. Dipelihara daripada dosa.
8. Dibuka pintu Syurga, ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu.
9. Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah Ta'ala.
10. Sejarah berlakunya perang Badar Al-Kubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.11. Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Pada malam permulaan Ramadan
Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan atau kebaikan di bulan Ramadan. Jadi tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh begitu merindukan saat-saat di bulan Ramadan. Kalau kita tahu pun sudah tentu rasa tertunggu-tunggu bulan Ramadan yang mulia.

0 Comments:

Post a Comment