Selamat datang bulan Ramadan. Mudah-mudahan kita bersedia kembali untuk menjalani ibadat puasa, dapat mendidik jiwa dan diri untuk menjadi manusia yang lebih baik. Insya-Allah, dalam bulan puasa ini, kita dapat mengajar nafsu untuk lebih bersabar, bertenang dan mensyukuri kesempatan serta peluang yang ada.Puasa bukan sekadar menahan makan minum, tetapi juga suatu proses pembersihan dan pendidikan jiwa. Bertepatanlah dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, “Apabila seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan memaki hamun. Apabila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah, sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari)Puasa juga ada adab dan tatacara tersendiri. Berikut perkara yang diamalkan Rasulullah ketika baginda berpuasa. Maka tidak salah, jika kita sama-sama mencontohi cara Rasulullah.1- Memantapkan dan menjitukan niat: Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)2- Makan sahur: Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya.” (Riwayat Muslim) Ibnu Hajar al-Asqalani berpendapat, yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala daripada Allah. Ini kerana bersahur akan menguatkan semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.3- Imsak: Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Apabila mendengar azan Subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah diletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)4- Cepat-cepat berbuka puasa apabila sampai waktu: Sahl bin Saad berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud; Allah berfirman, “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa apabila tiba masanya.” (Riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah)
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)