InsyaAllah kita bakal menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan AL-Mubarak, sama-samalah kita mengerjakan amal ibadah kepadanya.... menfaatkanlah sepanjang bulan ramadhan ini dengan amalan yang mula.... banyakanlah bersedekah.....

Berikut adalah jadula sepanjang Ramadhan Surau Al-Hidayah :

Jamuan Berbuka Puasa
Bermula : 7.00 pm - 07.30 pm

Solat Sunat Tarawih
Bermula : 8.45 pm - selesai


Jamuan Moreh ( Selepas selesai Solat Tarawih)


Penduduk muslimin dan muslimat ji jemput hadir .... sekian wasalam

editor: Sabhi
Selamat datang bulan Ramadan. Mudah-mudahan kita bersedia kembali untuk menjalani ibadat puasa, dapat mendidik jiwa dan diri untuk menjadi manusia yang lebih baik. Insya-Allah, dalam bulan puasa ini, kita dapat mengajar nafsu untuk lebih bersabar, bertenang dan mensyukuri kesempatan serta peluang yang ada.Puasa bukan sekadar menahan makan minum, tetapi juga suatu proses pembersihan dan pendidikan jiwa. Bertepatanlah dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, “Apabila seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan memaki hamun. Apabila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah, sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari)Puasa juga ada adab dan tatacara tersendiri. Berikut perkara yang diamalkan Rasulullah ketika baginda berpuasa. Maka tidak salah, jika kita sama-sama mencontohi cara Rasulullah.1- Memantapkan dan menjitukan niat: Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)2- Makan sahur: Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya.” (Riwayat Muslim) Ibnu Hajar al-Asqalani berpendapat, yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala daripada Allah. Ini kerana bersahur akan menguatkan semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.3- Imsak: Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Apabila mendengar azan Subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah diletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)4- Cepat-cepat berbuka puasa apabila sampai waktu: Sahl bin Saad berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud; Allah berfirman, “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa apabila tiba masanya.” (Riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah)

Ramadhan dan Syawal merupakan salah satu daripada bulan-bulan Islam yang dua belas. Ramadhan dan Shawal dimuliakan kerana keutamaan beramal di bulan tersebut. Pada bulan tersebut umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan pada Ramadhan dan mengeluarkan zakat di akhir Ramadhan dan ketika menjelang Syawal. Kedua-dua bulan tersebut adalah bulan yang sangat istimewa dan mulia di sisi Allah s.w.t dan hamba-Nya. Sebagai umat Islam kita perlulah memuliakan dan menghayati bulan Ramadhan dan Syawal untuk memperolehi keberkatannya.
Pengertian dan Keutamaan Ramadhan
Ramadan bererti bulan imtihan, iaitu bulan ujian. Bulan Ramadan juga dipanggil dengan bulan puasa kerana pada bulan itu umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan. Bulan Ramadan juga adalah merupakan bulan ibadah, bulan yang disebut dalam Al-Quran. Allah s.w.t memilih bulan Ramadan dari bulan-bulan yang dua belas dan menjadikannya bulan yang utama. Allah memilih bulan Ramadan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya kepada para hamba-Nya dengan menurunkan Al-Quran.
Keistimewaan Bulan Ramadhan
Bulan Ramadan adalah bulan yang memiliki kesucian dan banyak keistimewaannya. Di antara keistimewaan-keistimewaan bulan Ramadan ialah:
1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat-Nya.
2. Bulan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam ‘Lailatul Qadar'.
3. Bulan yang dipilih untuk sembahyang tarawih pada malamnya. Sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya boleh dilakukan di bulan Ramadan. Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sepanjang malam bulan Ramadan disunatkan untuk mengerjakan sembahyang tarawih secara berjemaah.
4. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan sebagainya. Hanya di bulan ini dituntut kita melakukan ibadah sebanyak-banyaknya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insya- Allah dimakbulkan Tuhan.
5. Bulan yang mana berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah s.a.w menawan kota Mekah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan kota Mekah menjadi suci sebagaimana yang Allah s.w.t kehendaki.
6. Berlakunya Nuzul Al-Quran (penurunan Al-Quran) pada 17 Ramadan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempumaan Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
7. Dipelihara daripada dosa.
8. Dibuka pintu Syurga, ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu.
9. Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah Ta'ala.
10. Sejarah berlakunya perang Badar Al-Kubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.11. Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Pada malam permulaan Ramadan
Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan atau kebaikan di bulan Ramadan. Jadi tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh begitu merindukan saat-saat di bulan Ramadan. Kalau kita tahu pun sudah tentu rasa tertunggu-tunggu bulan Ramadan yang mulia.

Doa Ringkas Selepas Solat





















Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Hadith Hari ini


"Bersedekah untuk ‘orang sebelah’"

Daripada Abu Said al-Khudri ra ia berkata, : “Zainab isteri Ibnu Mas’ud telah datang lalu berkata: “ Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah memerintahkan bersedekah pada hari ini. Aku memiliki perhiasan dan ingin aku sedekahkan. Tetapi Ibnu Mas’ud merasakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak aku berikan sedekah

KELEBIHAN BULAN REJAB

auditor: aie
24 jun 2009 (rabu)


Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, dengan terus menerus mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala apa-apa jua larangannya, mudah-mudahan kita tergolong menjadi hamba-hambanya yang benar-benar beriman dan bertakwa.
Allah Subhanahu Wataala yang maha berkuasa telah menciptakan alam dengan begitu sempurna untuk keperluan hidup makhluknya. Dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan bintang-bintang, maka wujudlah perkiraan masa atau zaman, dua belas bulan dalam satu tahun, empat daripadanya dinamakan bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36: Tafsirannya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.
Ahli Jumaat sekalian,
Daripada Abu Bakrah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah Subhanahu Wataala menciptakan langit dan bumi, satu tahun mengandungi dua belas bulan, daripadanya empat bulan haram, tiga daripadanya bulan itu berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam dan satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara Jamadilakhir dan Syaaban.
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.
Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kedua: Bertaubat: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
Ketiga: Berpuasa: Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Tafsirannya: “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
Keempat: Berdoa : Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain. Allah Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8: Tafsirannya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”

Kisah Nabi Isa

editor: Salasiah Jamal
23 jun 2009 (selasa)
DULU ada seorang lelaki datang kepada Nabi Isa as dan ingin bersahabat dengannya. Nabi Isa menerima permintaan lelaki itu. Satu hari mereka berjalan di tepi sungai dan makan tiga potong roti. Nabi Isa sepotong, sepotong untuk orang itu manakala sepotong lagi disimpan.Nabi Isa kemudian pergi ke sungai untuk minum dan apabila kembali semula roti yang sepotong itu tidak ada. Lalu Nabi Isa bertanya sahabatnya: “Siapa mengambil sepotong roti itu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak tahu.”Maka berjalanlah kedua-duanya. Tiba-tiba mereka melihat rusa dengan dua anaknya, maka ditangkap satu daripada anak rusa itu lalu disembelih dan dibakar. Kemudian dimakan berdua. Lalu Nabi Isa menyuruh anak rusa yang dimakan itu supaya hidup kembali, maka hiduplah ia dengan izin Allah. Kemudian Nabi Isa bertanya: “Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak tahu.”Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sungai, lalu Nabi Isa memegang tangan sahabatnya dan mengajaknya berjalan hingga sampai ke seberang, lalu ditanya sahabat itu sekali lagi: “Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak tahu.”Kemudian berjalanlah mereka ketika di hutan. Mereka duduk-duduk dan Nabi Isa mengambil tanah serta kerikil lalu diperintahkan: “Jadilah emas dengan izin Allah.” Maka dengan tiba-tiba tanah dan kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibahagi tiga bahagian. Nabi Isa berkata: “Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti.” Serentak sahabat itu menjawab: “Akulah yang mengambil roti itu.”Nabi Isa berkata: “Maka ambillah semua bahagian ini untukmu.” Lalu kedua-duanya berpisah. Kemudian orang itu didatangi dua orang yang mahu merompak harta itu dan membunuhnya.Begitupun, lelaki itu membuat tawaran berkongsi emas dimilikinya. Perompak terbabit setuju, lalu menyuruh seorang pergi ke pasar berbelanja makanan. Maka timbul perasaan orang yang berbelanja itu, dan berkata dalam hatinya:“Untuk apa kita membahagi wang dan harta ini. Lebih baik makanan ini saya bubuh racun saja, biar kedua-duanya mati, dan saya ambil semua harta itu.” Lalu dibubuhnya racun dalam makanan itu. Sementara orang yang tinggal itu berkata: “Untuk apa kita membahagikan harta ini, lebih baik jika dia datang, kita bunuh saja, lalu harta itu kita bagi dua.”Ketika datang orang yang berbelanja itu, dia segera dibunuh oleh kedua-duanya, lalu hartanya dibahagi dua. Kemudian mereka makan makanan yang dibubuh racun itu, matilah kedua-duanya, dan tinggallah harta itu di hutan.Kemudian ketika Nabi Isa berjalan di hutan dan melihat hal itu, berkata Nabi Isa kepada sahabatnya: “Inilah contohnya dunia, maka berhati-hatilah kamu.”

-----------------PANDUAN & NASIHAT-----------------Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

mukjizat bismillah

editor: aie_uk
23 jun 2009 (selasa)

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamumenulissesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulispada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohonsesuatudengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejakBISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari kearahbarat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatangdanterlempar semua syaitan.4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan padaorangsakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakandiatas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalahBISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga nerakaada19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap hurufberkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dankamilahkehebatannya. "8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akanmengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segaladosakedua orang tuanya.9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segalagunungkepadanya.10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendaktidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dankebakaran,maut mendadak dan bala.11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orangyang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim sertanaiklahkeberanian dan kehebatan kepada si pembaca.Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orangmengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Rahsia Solat Awal

Editor: Asran Bin Tepus
19 Jun 2009 (Jumaat)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kitaMenjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."

19 JUN 2009 (Jumaat) aditor: aie_uk


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan MahaKuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.Jika boleh niatkan sebegini: 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baikdan berjaya didunia dan akhirat. 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat ku ini 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiqdan miskin 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yangberiman kesihatan zahir batin 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, danredhaikanlah aku..... AMINnnnn. Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda,tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.

Editor: Salasiah Jamal
22 Jun 2009 (Isnin)


"Kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka :1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut / mendadak.2. Dia akan dihindari dari meninggal / bahaya tenggelam.3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu / almari, menaruh dan mengambil barang / sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik". Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup / mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suamimengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.Lalu ia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya, iaitu: Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahwa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya. Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari,Amin.Anda ingin menjadi Da'i Sejuta E-mail, tolong anda kirimkan artikel ini kepada sesama Muslim, baik keluarga, sahabat dan siapa saja yang anda kenal atau silakan cetak untuk bacaan keluarga di rumah.Terima kasih.

Sama samalah kita ingat mengingati amalan- amalan mulia yang penuh berkat ini………. BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Kelas Pengajian Mingguan

Setiap minggu akan diadakan kelas pengajian yang mana tenaga pengajarnya daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuang, ramai pelajar yang datang belajar mengaji... Alhamdulillah....
berukut adalah jadual pengajian :

Hari : Rabu - Jumaat (Setiap Minggu)
Masa: 07.30 pm - 09.30
Tempat: Surau Al-Hidayah Kg. Orang Asli Ulu Kuang

Ramai-ramai kita belajar mengaji....

;;